Kekasihku,
Telah lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Bukan mewah yang dicari
Hanya harapan terangkat segala penyekat
Untuk diriku kau miliki
Pasti dalam keterharuan
Airmata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Dengan harapan puterinya kau jagakan
Kekasihku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang
Kenangi kembali apa ada padaku
Yang menyenangkan hatimu
Berpeganglah pada yang itu
Pasti kucuba bahagiakanmu
Aduhai kekasihku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
Baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga
Ketahuilah kekasihku,
Kini kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju Yang Satu
Kekasihku,
Hadiah yang mahal terbilang
Bahtera penyelamat yang utuh
Gelombang dan karang
Tak mampu meruntuh
Kekasihku,
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya
Bukan hidup dalam masa lalumu
Seperti juga aku lupakan masa laluku
Terimalah diriku seadanya
Kekasihku,
Asam garam suatu hubungan
Apalagi yang baru
Penuh dengan mengelirukan
Khilaf dan salah pasti ada
Sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia
Kekasihku,
Menang bukan bererti benar
Kalah bukan bererti salah
Dalam berdebat, hormat memagar
Tawadukmu, rendah dirimu, budi terindah
Kekasihku,
Berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu yang baru
Kenalkan aku dan generasiku
Pada kemuliaan PenciptaMU
Dan kamu dirimu yang baru
*Adapted from Tg Liyana FB (bunch of thanks to her) & edited by Nuraini
No comments:
Post a Comment